Biodata - WEBSITE X5 UNREGISTERED VERSION - medicrapid

Carian
hit counters
Go to content

Main menu:

Biodata

BIODATA SYARIKAT
_______________________________________________________________________________________________
 

MEDIC RAPID (CA 0134488-H) syarikat milik Bumiputera sepenuhnya. Ditubuhkan sejak awal 2006 dikenali sebagai MRdotCOM Marketing, beroperasi di Jalan Sudirman 1, Temerloh, PAHANG. Awal Februari 2007 berpindah di Bazar Kuala Semantan @ Bazar Temerloh, Lurah Semantan (sebelah stesen teksi Temerloh).

Sejak awal lagi MEDIC RAPID dikenali kerana menjual produk-produk keintiman suami isteri. Kini lebih dikenali sebagai 4K yakni Kegagahan Lelaki, Kemantapan Wanita, Kesejahteraan Keluarga & Ketrampilan Diri.

Berhubungan masalah suami isteri, tidak hairan ada dikalangan suami terutama yang beristeri lebih, datang ke premis kami semata-mata ingin mendapatkan produk-produk boleh bertahan ketika melayari pasangan. Tidak kurang juga ada dikalangan isteri datang mendapatkan produk untuk suami yang tidak berapa 'bersemangat' ketika di ranjang.

Isteri datang dapatkan produk untuk suami sudah tidak janggal bagi kami di MEDIC RAPID. Pendek kata hampir setiap hari ada saja isteri datang mengadu masalah suami bila bersama. Alhamdulillah dengan produk yang kami syorkan, isteri berkenaan datang kali kedua sudah mampu tersenyum kerana dia sudah dapat menikmati keseronokan sebagaimana yang diidam-idamkan bila bersama suami.

Ini membuktikan ada dikalangan suami enggan mengakui bahawa 'senjata' telah lemah terutama bila sudah menjangkau usia lebih 40 tahun. Kalau isteri sanggup dapatkan produk untuk suami itu dikira cukup bagus. Bagaimana kalau isteri hanya pandai memendam perasaan? Sampai bila isteri sanggup bertahan jika senjata suami lembik macam batang keladi kena bakar?

Dalam sebulan dua mungkin dia dapat bertahan, bagaimana kalau sudah bertahun-tahun? Sudahnya rumah tangga akan bergolak dan berakhir dengan penceraian. Masalah ini yang perlu dielakkan kerana masalahnya berpunca daripada kelemahan suami.

Ada juga suami beristeri muda datang untuk mencari produk-produk tenaga. Maklumlah isteri baru berusia lingkungan 30'an, manakala dia sudah mencecah lebih 50 tahun. Perbezaan usia membuatkan suami tidak lagi mampu memberi nafkah batin untuk isteri muda. Mahu tidak mahu, dia terpaksa dibantu dengan produk-produk tertentu untuk tidak mengecewakan isteri yang disayanginya itu.

Tidak kurang juga suami beristeri lebih seorang. ISetiap isteri memerlukan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jika tiga isteri sudah tentu memerlukan persediaan untuk tiga kali seminggu. Biasanya ada yang memerlukan dua atau tiga kali seminggu. Ini bermakna, suami perlu bersedia dengan tenaga untuk seminggu penuh, sekaligus memerlukan tenaga tambahan. Ini bererti dia memerlukan produk-produk tertentu untuk tidak mengecewakan isteri-isterinya.

Kesimpulannya, masalah di kamar tidur bukan boleh dibuat sambil lewa. Ia memerlukan 'kepuasan' kedua-dua belah pihak jika ingin kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Kepuasan akan berlaku sekiranya sama-sama garang setiap kali bertarung. Isteri akan berusaha memberi kepuasan pada suami dan begitulah juga keadaan suaminya.

Malangnya, ramai suami tidak ambil berat masalah senjata sendiri sehingga isteri dingin bila diajak melakukan hubungan. Untuk apa melakukan hubungan suami isteri jika hanya suami saja yang puas, sedangkan isteri ternanti-nanti untuk mendapatkan nikmat sebagaimana lazimnya bagi seorang isteri..

Yang penting anda tidak malu bertanya dan nyatakan masalah yang anda hadapi. Kata orang 'Malu Bertanya Sesat Jalan', begitu juga dengan kesihatan anda terutama masalah-masalah di kamar tidur. MEDIC RAPID sedia memberi khidmat nasihat dan produk apa yang harus anda ambil untuk mengembalikan kegagahan bagi lelaki dan kemantapan bagi wanita.

Sejak 2008, MEDIC RAPID mendekati pelanggan setiap AHAD di Pekan Sehari Temerloh bermula jam 7:00 pagi hingga 1:00 petang. Manakala premis kami di Bazar Kuala Semantan, dibuka setiap hari mulai jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang. Pendek kata, anda boleh datang pada bila-bila masa dan kami di MEDIC RAPID sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda. Anda juga boleh berbincang melalui  FACEBOOK dengan mengklik logo MR (sebelah kanan) di laman utama sesawang ini.

Harapan kami, jika anda sebagai suami dan dapat membahagiakan isteri, kami turut berbangga kerana matlamat kami telah tercapai iaitu dapat mengembalikan keharmonian rumahtangga anda. Begitu juga jika anda seorang isteri dan tidak lagi dapat memberi kenikmatan seperti sebelumnya ekoran sudah mempunyai dua atau tiga cahaya mata. Dalam kata lain, suami  kurang berselera akibat sana sini sudah longgar. Kalau dibiarkan berlanjutan dan suami kurang iman, berkemungkinan dia akan membuka cawangan baru. Sebagai isteri sudah tentu anda tidak mahu keadaan begitu berlaku dalam rumahtangga anda.

Ini kerana, mengikut perangkaan Jabatan Agama Islam di seluruh negara, hampir 80 peratus penceraian di kalangan orang Islam ekoran masalah di kamar tidur. Lebih tepat, suami tidak dapat memberi kepuasan kepada isteri ketika hubungan kelamin ekoran dayung patah baru beberapa saat memulakan pelayaran. Begitu juga sebaliknya dengan isteri, tidak lagi mantap seperti di awal perkahwinan. Pelayaran yang dilakukan terlalu hambar seolah-olah hanya suami yang berkerja keras untuk sampai ke pelabuhan.

Pendek kata, sekiranya isteri  tidak lagi 'ummp' terutama selepas melahirkan, ada produk khusus buat anda. Yang penting anda tidak malu datang menemui kami di MEDIC RAPID. Insya-Allah setelah menggunakan produk yang kami syorkan, anda pasti tersenyum kerana berkemungkinan suami tidak sabar hendak menanti kedatangan malam.

Jangan bimbang, datang ke MEDIC RAPID mungkin ada produk yang sesuai dengan anda. Berubat sama seperti jodoh pertemuan. Kalau bukan jodoh, ambillah banyak mana pun ia tidak akan berkesan, yakni penyakit tidak akan sembuh. Mana tahu kalau-kalau di MEDIC RAPID anda beremu jodoh dengan penyakit yang anda hidapi sejak sekian lama, insya-ALLAH.

Perlu diingat, kebanyakan produk yang terdapat di syarikat kami, tidak terdapat di syarikat lain. Ini diperakui sendiri di kalangan pelanggan tetap kami sama ada di Jerantut, Kuala Lipis, Kuantan, Rompin mahupun Pekan. Mereka sanggup datang dari jauh ke Temerloh semata-mata inginkan produk yang dianggap amat istimewa dan lain dari yang lain.

Akhir bicara, sekali lagi kami mengalu-alukan kedatangan anda. Pesanan kami 'Jangan biarkan rumahtangga anda bergelora baru hendak mencari penyelesaian'. Sedangkan 'mencegah lebih baik daripada berubat.'  Salam Satu Malaysia, 'Amalan didahulukan, kesihatan diutamakan'.

 
 
 
Back to content | Back to main menu